Black Coffee

Air itu dituang.

"Apa maksud daripada gelas dengan air ni? Setengah isi, atau setengah kosong?"
Gadis itu tertawa kecil.
"Kuno ! Dah ramai orang yang jawab filosofi tu,bukan?" nadanya sedikit mengejek.

"Hei, jawablah dulu" 
"Bergantung pada sudut pandangan seseorang. Kalau kita tengok daripada setengah isi, maksudnya kita merasa yang kita dah dapat apa yang kita mahukan, kerendahan hati seseorang. Kalo setengah kosong, maksudnya kita kurang bersyukur. Tapi kalau nak capai cita-cita kita, ada baiknya juga melihat yang kosong, biar jadi motivasi."
"Panjang nya."
"Awak yang tanya, kan?''
giliran pemuda itu terkekeh.
"Kalau yang ni, macam mana?,"sewaktu lelaki itu menitiskan kopi itu ke dalam air bening.
Dahi gadis itu berkerut.
"Awak nak buat filosofi baru ke?"
Dititiskan lagi kopi itu.
gadis itu berkata,"hidup yang gelap?"
"bukan."
"habistu?"
pemuda itu melihat gadis itu. Dan melanjutkan 'eksperimen'nya.
"anggap air ini hari-hari saya dengan awak."

"air ini semakin lama semakin hitam, menunjukkan bahawa banyak pertengkaran,

kesalahfahaman kita."


"Teruk kan? Keruh."

gadis itu terpegun.
" Tapi ,hitam bukan warna yang buruk. contohnya saya,awak,hampir setiap pagi kita minum black coffee kat sini sebelum kita sama-sama pergi kerja. Kopi ini buat saya rasa semangat di depan komputer ber jam-jam,buat awak semangat untuk share idea-idea dekat pekerja awak. Betul tak ?"


"mungkin,hitam itu juga yang buat saya tak boleh berpisah dengan awak."


The end