Cerpen: Cinta Chimpanzee

*Di laman facebook*

Aiman_ : 私はあなたを愛して
Hawa^ : Bahasa apa kau tulis ni?

"Apalah yang dia merepek ni ? Aiman.. Aiman..Tanya di sekolah sahajalah". Hawa menguap keletihan akibat belajar pada musim peperiksaan ini. Terasa bagai mahu terkeluar biji matanya akibat kepenatan.
Suis lampu dimatikan. Dan dia terlelap.


*Di sekolah*

"Weh aiman, kau tulis apa dekat chat semalam?" Hawa menanyakan soalan yang bermain dalam benaknya sejak semalam.

"Bahasa jepun. Translate la sendiri."

'Ek? Lain yang aku tanya, lain yang dia jawab' Hawa mengeluh kecil.

"Alaa malas lah. Cakap jelah apa maksudnya?"

"Translate lah sendiri..."

Aiman berlalu sambil tersenyum. Fira di sebelah Hawa hanya memandang tidak faham. Hawa pula hanya mengangkat bahu tanda mengalah.

"Jom?" Hawa menarik tangan sahabatnya yang satu itu sambil berjalan.

"Kenapa tu ?" Fira bertanya.

"Oh yang tadi tu eh ?" Fira hanya mengangguk.

"Semalam dia ada tulis something dekat chatbox facebook, tapi aku tak faham sebab dia tulis dalam bahasa lain. Aku penat sangat malam tadi, jadi aku cadang nak tanya dia hari ini. Tapi dia suruh aku translate sendiri pula"

Fira tergelak. "Entah-entah dia tulis I Love You kot?? Dia kan suka dekat kau"

"Tak mungkinlah" Hawa menafikan. Dia sedar bahawa dirinya tak setanding dengan ex-girlfirend Aiman itu. 'Ex-girlfriend dia bukan sahaja cantik, malah lemah lembut dan baik hati. Kalau nak dibandingkan dengan aku, memang bagai langit dengan bumi. Mustahil lah...' Hawa bermonolog sendiri dalam hati.

"Kalau tak, takkan lah dia nak tulis bahasa jepun?"

Hawa hanya mendiamkan diri. Cinta itu bukan boleh dibawa main. Cinta itu bukan untuk suka-suka macam ala-ala pakai buang. Tapi, rakan-rakan sekelasnya selalu mengatakan bahawa Aiman memang mempunyai perasaan terhdapnya. Bahkan, sahabat baiknya sendiri juga berkata begitu. 'Kalau betullah Aiman meluahkan perasaannya, apa yang harus aku jawab nanti ?' Hawa bertanya dalam hati. Seumur hidup, dia belum pernah merasai situasi orang bercinta. Dan buat pertama kalinya dia suka pada seorang insan yang bernama lelaki.

Dia mula menyukai Aiman sejak dia tahu bahawa Aiman sering memerhatikannya, dan prihatin terhadap dirinya tanpa disedari. Dia tahu cerita itu pun daripada Fira. Aiman memberitahu segala isi hatinya terhadap Hawa kepada Fira. Bukan kerana itu sahaja, entah mengapa, dia berasa senang ketika berbual dengan Aiman. Atau lebih tepat lagi gembira. Ya, gembira sehingga membuatkan pipinya kejang akibat senyum terlalu lama.

"Balik ni kau translate lah" Fira memecahkan lamunannya.



***

Hawa menterjemahkan perkataan yang ditulis Aiman kepadanya semalam.

Beberapa saat kemudian terjemahan itu terpapar di skrin komputer riba nya. Hawa terkedu. Terasa seluruh darahnya menyerbu ke muka. Hatinya seolah-olah berhenti sesaat dan kemudian bertukar gear menjadi begitu laju.

I love you."

Itulah maksudnya. Tak disangka, apa yang dikatakan Fira itu adalah benar.
Hawa melihat ada message yang baru masuk. Message itu daripada Aiman. Dia hanya membalas message Hawa yang semalam.

Aiman_ : Bahasa jepun lah.

Dengan kadar segera Hawa menekan keyboard komputer ribanya.

Hawa^ : Masud kau dengan ayat tu?

Hawa terus log out kerana adiknya lelakinya mahu menggunakan komputer riba itu. Hawa cuba untuk menenangkan hatinya. Dia mendail nombor sahabat baiknya itu dan...
"Fira, betul lah dia tulis I love you. Ya Allah, macam tak percaya je. Nak jawab apa ni Fira?"

Kedengaran Fira ketawa kecil. Lucu dengan gelagat sahabatnya itu. Gelabah tak tentu fasal. Haih.
"Kau cakap jela, Aku pun rasa apa yang kau rasa"

"Masa kau dengan Danial dulu pun kau cakap macam tu ke?"

"Ya"

"Ok, nanti kalau ada apa-apa aku call kau balik. Sediakan telefon kat sebelah kau tau. Nanti kalau aku call terus angkat tau."

Fira ketawa kecil. "Baiklah"

Hawa mencapai buku nota dan pen birunya, dia mahu mencatat apa yang perlu dijawabnya nanti. Maklumlah, apabila dia sedang gelabah begini, mudah sahaja dia kehilangan kata-kata dan mudah terlupa. Tiba-tiba telefonnya berdering tanda ada panggilan yang masuk. Nama Fira tertera di skrin telefonnya. Dia segera mengangkat.

"Hello, Fira kenapa?" Hawa bertanya hairan.

"Hawa, Aiman call aku tadi, dia suroh kau online sekarang jugak !"

"Kenapa? Adik aku tengah guna komputer riba itu lah" Ish dia ni... main desak desak pula..

"Taktau dia. Dia call je terus cakap macam tu tadi "

"Baiklah, aku cuba online. Bye."

"Okay, bye" Mereka mematikan talian.

Hawa pergi ke bilik adiknya, lalu meminta izin untuk mengguna komputer riba itu daripada adiknya.

"Dik, nak guna laptop boleh ?"

"Ambillah. Lagipun adik sudah habis gunakan"

"Thankyou !" Hawa tersenyum riang. Apabila teringatkan tujuannya ingin mengguna komputer riba itu, terus dimatikan senyumannya itu. Perasaannya kini bercampur baur umpama rojak tak jadi. Dia berasa tak tentu
arah, resah, gembira, takut. Pendek kata semua jenis perasaan ada lah.

Log in.

Hawa^ : Woi pakcik! Sorry lambat. Adik aku guna tadi. Dah aku dah translate..
Aiman_ : Dah fahamkan??
Hawa^ : Tak faham. Maksud kau ?

Sengaja Hawa berkata begitu kerana mahukan kepastian. Benarkah?

Aiman_ : Macam mana ah nak cakap.. Aku suka dekat kau sejak form 1 lagi.. Cuma malu nak cakap.
Hawa^ : Kenapa kau suka dekat aku pulak?
Aiman_ : Em entahla.. Kalau aku pandang kau je aku rasa macam wah indahnya dunia..

Hawa tergelak membaca ayat si lelaki. Jiwang habis. Kalah Romeo macam ni. Hawa menggeleng kepalanya. Beginikah cara lelaki memikat hati perempuan? Hawa tersenyum sendiri.
'Aduh, nak balas apa pulak kali ni...' Tiba tiba Hawa teringatkan ayat yang Fira berikan kepadanya tadi. Kemudian, laju dia menaip.

Hawa^ : Aku pun rasa apa yang kau rasa.

'Bantai sajalah Hawa' Hawa bermonolog sendiri.

Aiman_ : Maksud kau ?

'Ek? Dia tak faham ke? Perlu kah aku memberitahu maksudnya?'

Hawa^ : Lembab ! Aku pun suka dekat kaulah.

Aiman_ : Yeke.. Kau tak main main kan.. Kau tak bergurau dengan aku kan.. kan?? kan?? Jangan lah panggil aku lembab.

Hawa^ : Demi Allah.. Takde masa aku nak bergurau, baik aku gurau dengan adik aku. Sekurang-kurangnya dapatlah jugak bagi dia naik angin.

Aiman_ : Hahaha ok.

Hawa tidak membalas. Sejujurnya dia sudah kehilagan kata. Dia sudah buntu. 'Adakah aku terlalu tergesa-gesa?' Hawa menghembus nafas perlahan. Dia masih ingat lagi sebelum peperiksaan bermula.

Hatinya terasa bagai ada usikan. Hatinya resah tahap petala ke lapan belas. Dia tidak fokus apabila belajar. Mandi, makan dan segala gerak gerinya ada sahaja yang tidak kena. Ada sesuatu yang bermain di dalam benaknya. Dan dia sudah tidak boleh pendam lagi. Kalau hendak diikut kan akal yang waras, dia tidak boleh menjadi seperti timba mencari perigi. Dia tidak mahu, jika dia meluahkan perasaannya terlebih dahulu, si "lelaki" tidak setia kepadanya.

Dia meluahkan isi hatinya terhadap Aiman kepada Fira. Dan Fira bercadang untuk memberitahu Aiman tentang perkara itu tanpa sepengetahuan Hawa.

Semasa pulang sekolah, Fira menceritakan tentang kejadian yang berlaku semasa Fira memberitahu Aiman apa yang Hawa rasa terhadapnya. "Kau tau, masa aku bagitahu dia yang kau suka kat dia, dia duduk antara dua sujud lepastu dia tadah tangan macam bersyukur gila" Fira bercerita.

"Serious?"

Kalau diikutkan hati, mahu sahaja dia memarahi Fira kerana membongkarkan isi hatinya. Tetapi apabila difikirkan balik, pasti ada alasannya mengapa Fira berbuat begitu. Fira bukanlah kawan yang suka membongkarkan rahsia kawannya sendiri melainkan ada kebaikannya jika dia berbuat demikian. Fira mempunyai ciri-ciri seperti Hawa. Jadi, tidak susahlah baginya untuk memahami Fira.

"Ya" Tutur Fira sambil mengangguk tanda mengiakan pertanyaan Hawa.

Lamunan Hawa terhenti apabila terdengar deringan chatbox facebook. Dilihatnya ada message baru masuk daripada Aiman. Darahnya berderau.

Aiman_ : Erm senyap je apehal
Hawa^ : Taktau nak cakap apa, diamla.
Aiman_ : Erm.. Aku masih keliru lagi. Kau terima aku ke tak ??

'Ya Allah, bermimpikah aku?'

Hawa^ : Maksudnya?

Sengaja Hawa menguji kesabaran rakan karibnya yang kemungkinan besar akan menjadi "special boyfriend"nya.

Aiman_: Takde apa-apa la.
Hawa^ : Cakapla
Aiman_ : Will you accept me as your BF ?(betul ke ayat ni?)

Hawa terpana seketika. Sedaya upaya dia cuba berlagak biasa. Kemudian dia menarik nafas sepanjang-panjangnya.

Hawa^ : Kau main-main ke betul betul?
Aiman_ : betul-betul la
Hawa^ : Yes I do.. Tapi, kau kena terima segala kekurangan aku..
Aiman_ : Ok, itu takkan penghalang.
Hawa^ : Baguslah. Tapikan, sebenarnya aku tak biasa dengan situasi ni.. First time.

Hawa berterus-terang.

Aiman_ : Takpe, lama kelamaan Hawa akan biasa,

'Ek? Dia guna nama aku?'. Tiba-tiba Hawa teringatkan sesuatu. Dia memetik jari dan kembali menaip.

Hawa^ : Lepastu macam mana dengan karakter perempuan yang kau cakap tu ?
Aiman_ : Maksud kau?
Hawa^ : Yang haritu, aku kan ada tanya karakter perempuan idaman kau tu. Lepastu yang kau kata kau nak tunggu dia dekat status.
Aiman_ : Kamulah orangnya.
Hawa^ : Bukan ke kau kata bertudung?
Aiman_ : Kau bertudung kan?
Hawa^ : Aku free hair dekat luar.
Aiman_ : Its ok..
Hawa^ : Btw duit tu .. Thanks.

Teringat semasa di sekolah tadi Aiman ada memberi Hawa duit. Untuk tukarkan nombor celcom ke nombor maxis.

Aiman_ : Niat sebenar suruh kau tukar ke maxis sebab nak message dengan kau.
Hawa^ : ohh
Aiman_ : Ouh.. Dah makan?
Hawa^ : Dah lama dah.
Aiman_ : Ouh makan apa?
Hawa^ : Nasi goreng, tapi rasa dia macam nasi tomato.. Maybe nasi goreng tomato kot. Hehe..
Aiman_ : Haha ada pulak gitu..

Keadaan berbual sudah seperti biasa. Hawa berasa sedikit lega. Tidaklah terlalu kekok. Heheh.

Hawa^ : Heheh ada.
Aiman_ : Oh ok ok.
Hawa^ : Pakcik pulak? dah makan ke belum?
Aiman_ : Ouh pakcik pun dah makan.
Hawa^ :Makan apa?
Aiman_ : Nasi lemak.
Hawa^ : Ohh beli ke masak?
Aiman_ : beli..
Hawa^ : ooo..
Aiman_ : mak takkan masak nya.
Hawa^ : Oh kenapa pulak?
Aiman_ : mak cakap masak nasi lemak leceh sikit..
Hawa^ : Ohh memang pun.. kena sediakan banyak bahan.
Aiman_ :ohh patutlah.. mak pernah masak sekali je kot.
Hawa^ : Haha. Ok.
Aiman_ : So, nak gelarkan diri kita apa? Saya/awak atau nama je?
Hawa^ : Taktau, ikut je. Sebab tak biasa.
Aiman_ : Emm. Nama jela. Panggil aku Aiman, aku panggil kau Hawa.. Ok?
Hawa^ : Ok, tak kesah.. Hm, boleh aku tahu status aku sekarang ni apa?
Aiman_ : In a relationship rasanya?
Hawa^ : Oh ok. Selamat berkhidmat.
Aiman_ : Haha.. Awak juga, selamat berkhidmat.

Dan bermula detik itulah, hubungan mereka bermula. 

No comments:

Post a Comment