Definisi Cinta

"Weh bro, cinta tu apa?"

Wardah melirikkan matanya sedikit, mencebik.

Ashraff hanya menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Huk aloh, macam tak pernah bercinta je? Poyo!"
Kemudian dia menyiku bahu sahabat yang dikenalinya dari kecil itu.

"Yalah aku tau, tapi kenapa semua orang boleh katakan cinta tu dengan mudah?Cinta tu tak pernah jelas. Memang tak boleh didefinisikan."
Wardah membuang pandangan ke arah orang ramai.

"Ni...dah kenapa kau ajak aku pergi event pakai baju hitam macam orang nak berkabung ni? Lepastu tau tau aku kena dengar berjam-jam orang karaoke lagu cinta sambil tergelak-gelak?"

"Aku pun tak sangka akan jadi macam tu. Sebab tu la aku ajak kau duduk dekat sini."


Mereka berdua terdiam sejenak.



"Back to the topic!"

"okay."


Ashraff mengalih pandangan ke arah Wardah.


"Cinta tu menyeksakan dan aneh"


Andra hanya mendengar acuh tak acuh.


"Dah lah Wardah. Tak payah nak main hide and seek dengan aku."

"Okay okay. Aku takkan pura-pura. Aku tau macam mana rasa terseksa tu,
tapi so far.. aku tak tau yang aku pernah rasa tu.. cinta ataupun bukan. Aku percaya dengan rasa sayang, tapi cinta tu apa?" 

Wardah mengeluh.

"Mouly Surya kata, kalau cinta itu buta, tu bukan cinta namanya. Cinta mesti boleh berfikir,melihat situasi. Kalau tak, maksudnya kita cuma jatuh cinta dengan perasaan jatuh cinta." sambungnya.


Ashraff terdiam.


"Mungkin dulu aku seorang yang hopeless romantic.Tapi sekarang bagi aku tu cuma
fairytale yang jadi mindset yang dimasukan kat dalam dalam otak para wanita sejak kecil. Well, trimas kepada bapak Walt Disney." Wardah cuba berseloroh.

Ashraff tersenyum simpul.
Wardah memandang Ashraff sinis.

"Mata kau merah tu..."
"A'ah, sedih tengok orang mabuk sambil ngigau nama ex diaorang", berdalih.
"Mata kau berair" Suaranya tegas.
"Sibuk lah kau!"

Kata-kata Wardah yang terakhir agak serak. Sesak rasanya. Tak mampu lagi dipendam.

"Jangan menghalang diri kau sendiri, Wardah"

Wardah berpaling wajah ke arah lain daripada melihat wajah Ashraff.

"Hey." kedengaran lembut suaranya memujuk.
"Aku ngantuk lah Ashraff"
"Hey.",kali ini Ashraff lebih lembut.

tangan Wardah bergetar.

"Tau tak kenapa aku ajak kau pergi sini?"

Andra masih memalingkan mukanya.

"Aku nak kita tengok sama-sama, kat sini, ada bermacam-macam orang yang mendefinisikan cinta yang mempunyai maksud yang berbeza. Ada yang berpendapat sebagai hal yang logik. Ada yang rasa itu hanya halusinasi sementara. Ada yang rasa cinta itu boleh dibuat. Ada yang rasa cinta tu beban. Ada yang boleh buat orang nak jadi penyanyi dangdut macam tu"

Sambil tersenyum, Ashraff menunjuk salah satu rakannya karaoke sambil goyang dangdut di atas meja.Wardah tertawa kecil. Tetapi tetap tidak berpaling pada Ashraff.

"Sebab..... setiap orang itu memang lain-lain. Rambut je sama hitam"

Wardah masih diam.

"Tapi aku setuju dengan pendapat kau, cinta tak boleh buta. Dia mesti boleh menimbang sesuatu,
yang baik dan yang betul. Sesuatu yang sepatutnya mengembangkan potensi satu sama lain. Sesuatu yang bijak. Sesuatu yang sakral. Sesuatu yang tak semudah tu untuk diucapkan."

Suasana hening.

"Memang...,orang tak pernah tau maksud cinta yang sebenar..." sambung Asharaff lagi.


"Nak tak cari maksudnya dengan aku?" Wardah memotong.

Ashraff memandang sahabatnya itu dan berasa sedikit terkejut. Dilihatnya Wardah masih memandang ke arah lain.

"Kalau bercakap tu pandang la aku.."

Wardah memandang Ashraff sekilas. Dan kembali pada pandangannya yang asal.

"Kau nak ke tak?"
"Nak apa?"
"you heard me."
"Kau propose aku ke ni?"

"Perlu ke aku cakap perkara 'keramat' tu?"

Ashraff tertawa. Lalu tersenyum.

"Siapa takut" Ashraff menjelir lidah kepada Wardah. Lucu sahaja gelagatnya.


Daripada sebuah percakapan.boleh sahaja itu terjadi.
Kerana rasa itu memang ada.
Memang betul-betul tidak pernah ada yang tau maksudnya...



"Eits, maknanya kita kena tukar baju dulu lah kan?Jadi pinky pinky. Baru nampak sweet" Ashraff berseloroh.

"euwh.."



The End

No comments:

Post a Comment